Filem Suatu Malam Kubur Berasap

Poster Filem Suatu Malam Kubur Berasap
Filem Suatu Malam Kubur Berasap

Filem Suatu Malam Kubur Berasap adalah sebuah filem arahan Ernie Chen dan diterbitkan oleh Outloud Studios Sdn Bhd. Filem yang dibintangi oleh tiga peserta rancangan Raja Lawak iaitu Angah Raja Lawak, Along Cham dan Azrul Zaidi ini mengisahkan tentang tiga orang sahabat dari Kampung Angan Tak Sudah iaitu Atan, Bun, Pet dan seorang budak bandar yang baru mereka kenali iaitu Mie.

Sinopsis Filem Suatu Malam Kubur Berasap

Atan(Angah Raja Lawak) merupakan seorang yang lurus bendul tetapi rajin dan ringan tulang yang bekerja sebagai penggali kubur manakala Bun(Along Raja Lawak) adalah seorang kutu rayau yang gemar merempit dengan motor kapcainya. Boleh dikatakan hampir setiap malam Atan akan mengacau gadis-gadis kilang yang baru pulang dari bekerja. Pet(Azrul Raja Lawak) pula merupakan pemandu lori ayam yang sering bekerja lewat malam. Beliau mempunyai suara yang sengau, suka berlagak dan bercakap besar terutamanya melibatkan perkara mistik dan hantu. Ketiga-tiga mereka sering diganggu oleh Jerdil dan Tocai atau lebih dikenali sebagai Geng Beduk, samseng Kampung Angan Tak Sudah. Mie(Zac Diamond) adalah seorang lelaki yang kacak dan segak yang berasal dari Kuala Lumpur. Beliau mula mengenali dengan ketiga-tiga orang sahabat ini selepas kereta beliau rosak di Kampung Angan Tak Sudah.

Sejak kedatangan Mie di Kampung Angan Tak Sudah, pelbagai peristiwa pelik dan menakutkan telah berlaku di kampung berkenaan. Mereka berempat ini juga sering diganggu oleh Hantu Cempaka. Pada suatu hari, setelah mereka berempat berkongsi cerita mengenai Hantu Cempaka, 4 sahabat ini telah merancang untuk keluar bagi meraikan kereta Mie yang telah siap diperbaiki dan sedia untuk meninggalkan kampung. Tiba-tiba mereka telah didatangi oleh seoarang gadis bernama Siti(Nurul Ain) yang ingin menjemput mereka berempat makan dirumahnya kerana Siti ada membuat kenduri.

Pada mulanya Bun tidak mahu pergi ke rumah Siti tetapi akhirnya dia bersetuju setelah dipujuk oleh Atan yang telah jatuh hati dengan keayuan Siti. Selepas waktu Isyak, mereka pun bergerak ke rumah Siti bersama-sama. Apabila mereka hampir sampai di rumah Siti, mereka melihat keadaan sekeliling dan berasa agak seram dan pelik kerana tiada sesiapa pun di sana melainkan mereka berempat sahaja. Akhirnya Bun, Mie dan Pet telah mengambil keputusan untuk melarikan diri dan meniggalkan Atan seorang diri. Atan yang telah jatuh hati dengan Siti terpaksa memberanikan diri semata-mata untuk berjumpa Siti.

Siti berasa sungguh gembira kerana Atan sudi datang walaupun seorang diri tanpa ditemani rakan-rakannya dan telah menghidangkan makanan mee goreng dan air sirap kepada Atan. Atan yang pada ketika itu berasa sangat lapar telah makan makanan tersebut dengan gelojoh tanpa menyedari mee goreng yang dimakannya ialah cacing-cacing yang masih hidup dan air sirap yang diminumnya adalah darah. Atan juga tidak menyedari bahawa rumah tersebut sebenarnya adalah kawasan perkuburan.

Perkara itu telah sampai ke pengetahuan Muthu, seorang wartawan rancangan mistik yang kebetulan sedang mencari tempat-tempat yang boleh diketengahkan sebagai tempat yang berhantu. Berita mengenai 4 sahabat yang makan di kubur itu juga telah menjadi tarikan Mr Chen untuk membuat pengambaran bagi rancangan Misteri Dari Kubur. Beliau telah mengarahkan krew produksi iaitu Uncle Seekit & the Team untuk pergi menyiasat kesahihan cerita tersebut. Ketika mereka berada di kampung tersebut, perkara-perkara yang suspen telah berlaku dan menakutkan apabila Hantu Cempaka muncul dan kuburnya mula mengeluarkan asap.

Pelakon Filem Suatu Malam Kubur Berasap

Angah Raja Lawak : Atan (Pelakon Utama)
Along Cham : Bun (Pelakon Utama)
Azrul Zaidi : Pet (Pelakon Pembantu)
Nurul Ain : Cempaka (Pelakon Pembantu)
Zami Ismail : Pak Akub (Pelakon Pembantu)
Acappan : Muthu (Pelakon Pembantu)
Ruminah Sidek : Tok Yam (Pelakon Pembantu)

Trailer Filem Suatu Malam Kubur Berasap

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment