
Drama Dingin Lavenda adalah sebuah drama bersiri hasil nukilan skrip oleh Zabidi Mohamed dan telah diarahkan oleh sutradara Amy Maziah. Dingin Lavenda merupakan sebuah drama bersiri 13 episod terbitan Layar Consult Sdn Bhd yang membariskan pelakon-pelakon yang hebat seperti Eira Syazira, Zarina Zainordin, Faralyna Idris, Salleh Mahfooz dan Azlee Khairi.
Sonopsis Drama Dingin Lavenda
Drama yang turut menjalani penggambaran di Melbourne, Australia ini mengisahkan tentang persahabatan Jannah (Eira Syazira), Nana (Faralyna Idris) dan Murni (Zarina Zainordin) yang akan melanjutkan pelajaran mereka di Melbourne, Australia selepas tamat Kursus Persediaan Pelajar ke luar negara di universiti tempatan.Pada awal pengenalan mereka, Jannah dan Murni tidak begitu menyenangi sikap Nana yang suka berlagak dengan barang-barang mahalnya. Pewangi Lavenda yang digunakan oleh Nana telah menarik perhatian Jannah dan Murni. Matthew (Salleh Mahfooz) menunjukkan minatnya terhadap agama Islam dan sering bertanyakan soalan-soalan kepada Nana.
![]() |
Faralyna Idris, Eira Syazira, Zarina Zainordin |
Selepas tiba di Melbourne, perangai Murni mula berubah menjadi sensitif dan kebudak-budakan. Jannah yang sudah bertunang dengan Azhar (Azlee Khairi) selalu berhubung melalui kiriman emel dan Azhar selalu memberi kata-kata semangat dan dorongan kepada Jannah untuk berdepan dengan pelbagai cabaran baru di bumi asing.
![]() |
Faralyna Idris, Eira Syazira, Zarina Zainordin, Salleh Mahfooz |
Adakah Jannah akan menerima lamaran Matthew yang telah memeluk agama Islam? Bagaimana pula dengan Murni yang semakin tenggelam dan lemas dalam dunia gelapnya? Berjayakah Jannah membimbing kawan baik mereka untuk pulang ke jalan yang benar?
Saksikan kesudahan Drama Dingin Lavenda menerusi Slot Zehra pada setiap hari Jumaat jam 9.00malam di Tv3.
Pelakon Drama Dingin Lavenda
Eira Syazira : JannahZarina Zainordin : Murni
Faralyna Idris : Nana
Salleh Mahfooz : Matthew
Azlee Khairi : Azhar
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment