
Drama Bunga April mengisahkan kisah cinta menggamit emosi dan penuh dramatik terbitan HNJ Picture Sdn Bhd. Hasil nukilan dan arahan Along Kamaludin ini dijayakan oelh barisan pelakon hebat seperti Shahz Jaszle, Zack X-Factor, Mustapha Kamal, Redzuan Hashim, Noniswara, Aida Aris dan Hanez Suraya dan juga pelakon wanita yang membintangi Drama Tentang Dhia, Tasha Shila,
Sinopsis Drama Bunga April
Drama Bunga April yang akan bersiaran sebanyak 25 episod ini akan menyelami dunia korporat disebalik kemegahan syarikat Wansa Holding, kepunyaan Tan Sri Azmi. Syarikat Wansa Holding akan diwarisi oleh Azman yang dilihat sebagai yang paling layak untuk menerajui syarikat ayahnya suatu hari nanti. Kesungguhan Azman menjadi kebanggaan Puan Sri Hamidah ibu dan isteri kepada keluarga Tan Sri Azmi.Johar yang merupakan anak tiri Tan Sri Azmi hasil perkahwinan kedua bersama Puan Sri Aishah lebih selesa jika tidak bergelumang dalam dunia korporat. Mewarisi keperibadian sederhana dari ibunya, Johar sering menjadi rujukan dan pilihan kedua dalam apa saja keputusan dan pilihan yang dibuat oleh Puan Sri Hamidah.
Kejayaan syarikat milik Tan Sri Azmi dicemburui dan menjadi dendam bagi Sophian yang merupakan rakan lama Tan Sri Azmi. Turut memiliki syarikat yang dikenali sebagai MediaCorp dan syarikat itu hanyalah untuk menutup mata pihak berkuasa daripada menghidu kegiatan sebenar beliau sebagai seorang taikun kongsi gelap dan mempunyai ramai pengikut.
April anak tunggal Sophian tidak suka apa yang dilakukan oleh bapanya lalu sebagai tanda protes April membuka sebuah kedai kecil menjual bunga. Johar jatuh cinta apabila melihat kecantikan dan ciri ringkas yang dimiliki April.
Pada masa yang sama, Sophian tidak dapat menahan rasa geram dan cemburu terhadap Tan Sri Azmi, lalu mengambil keputusan mengugut serta ingin mengahwinkan April dan Azman sebagai jaminan ikatan pertalian antara dua keluarga.
Apakah kesudahan yang bakal terjadi kepada Tan Sri Azmi, Azman, Johar dan April? Saksikan drama Bunga April setiap Selasa hingga Khamis, jam 10.30 malam menerusi slot Samarinda di TV3.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment