![]() |
Filem Aku Bukan Tomboy |
Sinopsis Filem Aku Bukan Tomboy
Kehadiran farisa atau Eisha dalam hidup Harry(Shaheizy Sam) dan Burn(Syamsul Yusof) benar-benar mengubah pendirian dua jejaka ini terhadap gadis yang berpewatakan lelaki. Kali pertama melihat Farisa yang berperwatakan lelaki telah membuat mereka mula jatuh hati dengan gadis itu. Bermula dari zaman persekolahan yang penuh dengan dugaan kerana sering diganggu oleh beberapa orang pelajar 'pengkid' antaranya Bell(Sheera Iskandar) dan Sam(Salina Saibi).Tekanan di sekolah yang dialami oleh Farisa mendorongnya untuk mengubah dirinya menjadi seorang yang berpesonaliti agresif dan kasar. Di sebalik penampilan dia sebagai seorang lelaki, Farisa masih mempunyai naluri sebagai seorang gadis sejati. Perwatakan sebegini berterusan hingga ke alam pekerjaan apabila dia bekerja sebagai penghantar pizza. Plot cerita bermula apabila Farisa dikejutkan dengan kemunculan dua jejaka iaitu Harry dan Burn yang berhasrat menjalinkan hubungan istimewa dengannya. Ia merupakan satu dilema yang menuntut pertimbangan yang penuh cabaran.
![]() |
Shaheizy Sam, Scha Al-Yahya dan Syamsul Yusof |
Pelakon Filem Aku Bukan Tomboy
Syamsul Yusof : Burn (Pelakon Utama)Scha : Farisa / Eisha (Pelakon Utama)
Salina Saibi : Sam (Pelakon Pembantu)
Shaheizy Sam : Harry (Pelakon Pembantu)
Sheera : Bell (Pelakon Pembantu)
Harun Salim Bachik : Bapa Farisa (Pelakon Pembantu)
Eira Syazira : (Pelakon Pembantu)
Zarina Zainoordin (AF2) : (Artis Jemputan)
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment