Filem Ombak Rindu

Poster Filem Ombak Rindu
Filem Ombak Rindu
Filem Ombak Rindu adalah sebuah filem arahan Osman Ali dan diterbitkan oleh Astro Show Sdn Bhd. Ianya adalah sebuah filem yang diadaptasi dari sebuah novel tempatan yang ditulis oleh Fauziah Ashaari berjudul Ombak Rindu.

Sinopsis Filem Ombak Rindu

Filem Ombak Rindu ini mengisahkan tentang perjalanan cinta dua insan iaitu Hariz(Aaron Aziz) dan Izzah(Maya Karin) dari dua dunia yang berbeza yang terpaksa menempuh pelbagai rintangan dan halangan untuk mancapai kebahagian. Perkenalan mereka bermula disebuah kelab hiburan dimana Hariz yang merupakan anak kepada Datuk Sufiah lakonan Azizah Mahzan telah membeli Izzah untuk dijadikan sebagai perempuan simpanan. Dahulunya Izzah merupakan seoarang gadis kampung yang akhirnya telah dijual oleh bapa saudaranya sendiri sebagai seorang pelacur kepada sebuah kelab hiburan di Kuala Lumpur.

Izzah telah merayu kepada Hariz agar menikahinya bagi menghalalkan hubungan mereka dan telah dipersetujui oleh Hariz tetapi dengan syarat Izzah tidak boleh menuntut apa-apa hak sebagai seorang isteri. Selepas mereka berkahwin, sifat Izzah yang penuh dengan kelembutan telah menyebabkan Hariz jatuh cinta kepada isterinya itu dimana dahulu Hariz merupakan seorang yang kasar dan panas baran.

Aaron Aziz Maya Karin Filem Ombak Rindu
Aaron Aziz dan Maya Karin
Setelah beberapa lama, Datuk Sufiah telah mendesak Hariz untuk berkahwin pula dengan Mila lakonan Lisa Surihani yang merupakan kawan ketika zaman persekolahannya. Dan setelah mereka berdua berkahwin, Hariz telah ditimpa kemalangan sehingga mengakibatkannya koma. Ketika itulah Datuk Sufiah telah mengambil kesempatan dengan menghalau Izzah keluar dari rumah dan mengambil telefon bimbitnya.

Setelah keluar dari hospital, Datuk Sufiah telah memberitahu Hariz bahawa Izzah telah berlaku curang dengannya. Hariz yang ketika itu berasa amat marah telah terserempak dengan Izzah di rumah Pak Dollah yang merupakan pemandu keluarga Datuk Sufiah. Izzah telah mengambil keputusan untuk pulang ke kampung kerana kecewa dengan kata-kata dan tuduhan yang telah dilemparkan oleh Hariz.

Pak Dollah yang marah dengan tindakan Datuk Sufiah telah memberitahu cerita yang sebenar kepada Hariz bahwa Izzah tidak bersalah. Hariz yang menyesal dengan tindakannya itu telah pergi ke kampung Izzah untuk memujuk Izzah agar kembali ke pangkuannya. Ketika Hariz di kampung, Mila telah pergi ke sana untuk meminta cerai dari Hariz dan akhirnya Hariz dan Izzah hidup bahagia.

Pelakon Filem Ombak Rindu

Aaron Aziz : (Pelakon Utama)
Maya Karin : (Pelakon Utama)
Lisa Surihani : (Pelakon Utama)
Bront Palarae : (Pelakon Utama)
Azizah Mahzan : (Pelakon Pembantu)
Zaidi Omar : (Pelakon Pembantu)
Normah Damanhuri : (Pelakon Pembantu)

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment