Filem Songlap

Poster Filem Songlap
Filem Songlap
Filem Songlap adalah sebuah filem arahan Effendee Mazlan dan Fariza Azlina Isahak dan diterbitkan oleh Primeworks Studios Sdn Bhd dan juga Red Films Sdn. Bhd. Filem yang dibintangi oleh Shaheizy Sam, Syafie Naswip dan juga Sara Ali ini mengisahkan dua orang adik-beradik Am(Shaheizy Sam) dan As(Syafie Naswip) yang terlibat di dalam sindiket penjualan bayi yang diuruskan oleh seorang wanita bergelar Mama yang dilakonkan oleh Eliza Wong demi meneruskan hidup mereka yang penuh liku di bandar metropolitan Kuala Lumpur.

Sinopsis Filem Songlap

Shaheizy Sam dan Syafie Naswip - Filem Songlap
Syafie Naswip dan Shaheizy Sam
Jalan cerita kehidupan dua beradik ini amat berbeza sekali. Am merupakan seorang kaki judi yang pandai mengambil kesempatan dengan menggunakan sindiket penjualan bayi sebagai jalan pintas untuk meraih pendapatan bagi menampung kegiatan judinya manakala berbeza pula bagi Ad yang mengimpikan kehidupan yang lebih baik dengan menyertai pertandingan B-Boy.

Setelah kehilangan kawan karibnya Razak yang terlibat dengan dadah, Ad mula menyedari yang impiannya mungkin tidak akan tercapai. Ini ditambah lagi apabila adik Razak, Hawa lakonan Sara Ali telah mengandung anak luar nikah dan turut terjebak dalam kancah penjualan bayi itu. Ad telah bertekad untuk membawa dirinya dan Hawa keluar dari kancah dosa itu namun Am tetap ingin terus hidup dengan cara begitu. Ini telah menyebabkan hubungan dua beradik ini goyah dan mereka berdua mula membawa haluan masing-masing.

Sara Ali dan Syafie Naswip - Filem Songlap
Sara Ali dan  Syafie Naswip
Niat murni Ad untuk membawa Hawa keluar dari kancah dosa itu sentiasa dibayangi oleh bapa Hawa, Pak Din yang di lakonkan oleh Omar Abdullah yang sentiasa menjejaki kehilangan anak perempuannya itu.

Pelakon Filem Songlap

Shaheizy Sam : Am / Adam Besar (Pelakon Utama)
Syafie : Ad / Adam Kecil (Pelakon Utama)
Sara Ali : Hawa (Pelakon Utama)
Omar Abdullah : (Pelakon Pembantu)
Rozie Rashid : Mak Minah (Pelakon Pembantu)
Normah Damanhuri : Rita (Pelakon Pembantu)
Hasnul Rahmat : Abg Mat (Pelakon Pembantu)
Fauzi Nawawi : Chipun (Artis Jemputan)
Rashidi Ishak : Man Remos (Artis Jemputan)
Lisdawati : Yuppie Wife (Artis Jemputan)
Eizlan Yusof : Yuppie Hubby (Artis Jemputan)
Nasir Jani : Cabdriver (Artis Jemputan)

Trailer Filem Songlap

Filem Songlap

Filem Ombak Rindu

Poster Filem Ombak Rindu
Filem Ombak Rindu
Filem Ombak Rindu adalah sebuah filem arahan Osman Ali dan diterbitkan oleh Astro Show Sdn Bhd. Ianya adalah sebuah filem yang diadaptasi dari sebuah novel tempatan yang ditulis oleh Fauziah Ashaari berjudul Ombak Rindu.

Sinopsis Filem Ombak Rindu

Filem Ombak Rindu ini mengisahkan tentang perjalanan cinta dua insan iaitu Hariz(Aaron Aziz) dan Izzah(Maya Karin) dari dua dunia yang berbeza yang terpaksa menempuh pelbagai rintangan dan halangan untuk mancapai kebahagian. Perkenalan mereka bermula disebuah kelab hiburan dimana Hariz yang merupakan anak kepada Datuk Sufiah lakonan Azizah Mahzan telah membeli Izzah untuk dijadikan sebagai perempuan simpanan. Dahulunya Izzah merupakan seoarang gadis kampung yang akhirnya telah dijual oleh bapa saudaranya sendiri sebagai seorang pelacur kepada sebuah kelab hiburan di Kuala Lumpur.

Izzah telah merayu kepada Hariz agar menikahinya bagi menghalalkan hubungan mereka dan telah dipersetujui oleh Hariz tetapi dengan syarat Izzah tidak boleh menuntut apa-apa hak sebagai seorang isteri. Selepas mereka berkahwin, sifat Izzah yang penuh dengan kelembutan telah menyebabkan Hariz jatuh cinta kepada isterinya itu dimana dahulu Hariz merupakan seorang yang kasar dan panas baran.

Aaron Aziz Maya Karin Filem Ombak Rindu
Aaron Aziz dan Maya Karin
Setelah beberapa lama, Datuk Sufiah telah mendesak Hariz untuk berkahwin pula dengan Mila lakonan Lisa Surihani yang merupakan kawan ketika zaman persekolahannya. Dan setelah mereka berdua berkahwin, Hariz telah ditimpa kemalangan sehingga mengakibatkannya koma. Ketika itulah Datuk Sufiah telah mengambil kesempatan dengan menghalau Izzah keluar dari rumah dan mengambil telefon bimbitnya.

Setelah keluar dari hospital, Datuk Sufiah telah memberitahu Hariz bahawa Izzah telah berlaku curang dengannya. Hariz yang ketika itu berasa amat marah telah terserempak dengan Izzah di rumah Pak Dollah yang merupakan pemandu keluarga Datuk Sufiah. Izzah telah mengambil keputusan untuk pulang ke kampung kerana kecewa dengan kata-kata dan tuduhan yang telah dilemparkan oleh Hariz.

Pak Dollah yang marah dengan tindakan Datuk Sufiah telah memberitahu cerita yang sebenar kepada Hariz bahwa Izzah tidak bersalah. Hariz yang menyesal dengan tindakannya itu telah pergi ke kampung Izzah untuk memujuk Izzah agar kembali ke pangkuannya. Ketika Hariz di kampung, Mila telah pergi ke sana untuk meminta cerai dari Hariz dan akhirnya Hariz dan Izzah hidup bahagia.

Pelakon Filem Ombak Rindu

Aaron Aziz : (Pelakon Utama)
Maya Karin : (Pelakon Utama)
Lisa Surihani : (Pelakon Utama)
Bront Palarae : (Pelakon Utama)
Azizah Mahzan : (Pelakon Pembantu)
Zaidi Omar : (Pelakon Pembantu)
Normah Damanhuri : (Pelakon Pembantu)
Filem Ombak Rindu

Filem Misteri Jalan Lama

Poster Filem Misteri Jalan Lama
Misteri Jalan Lama
Filem Misteri Jalan Lama adalah sebuah filem arahan Pengarah Filem Terbaik FFM 22, Afdlin Shauki dan diterbitkan oleh Tayangan Unggul Sdn. Bhd. Filem yang mengambil masa selama 28 hari untuk penggambaran ini dikatakan menelan kos sebanyak RM 1.8 juta.

Sinopsis Filem Misteri Jalan Lama

Filem yang bergenre fantasi ini mengisahkan perihal dua beradik, Ilya(Que Haidar) dan Indra(Hans Isaac) yang menuju ke kampung halaman mereka untuk urusan pengebumian bapa mereka, Iskandar(Datuk Ahmad Tamimi Siregar) yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya.

Indra adalah anak kandung Iskandar yang menjadi pelumba kereta profesional, tetapi kuat berjudi dan seringkali meminjam daripada ah long sekaligus menjadikan dirinya mangsa buruan sekumpulan gangster. Manakala Ilya pula adalah anak angkat Iskandar yang diberikan oleh seseorang ketika Iskandar melalui sebatang jalan lama 25 tahun dahulu. Ilya merupakan seorang anak yang baik, yang banyak membantu Iskandar membina kerjayanya. Ilya juga merupakan anak kesayangan Iskandar dan sekaligus menjadi punca ketidakpuasan hati Indra ayg akhirnya membawa diri jauh daripada keluarga.

Misteri dan teka-teki filem ini bermula pada hari kematian Iskandar, apabila buat pertama kalinya selepas 15 tahun, Indra yang membuang diri daripada keluarga kembali ke pejabat ayahnya untuk mengambil surat wasiat yang ditinggalkan untuknya. Dalam surat itu, Indra diminta oleh arwah bapanya untuk menghantar Ilya ke sebuah tempat jika ingin mendapatkan habuan.Ilyai yang bersedih menurut pelawaan abangnya untuk pergi ke majlis pengkebumian arwah ayah mereka.

Indra diminta membawa Ilya pulang kerana Ilya tidak tahu memandu. Ketika di lebuhraya, Indra dikejar oleh gangster akibat berhutang dengan ah long. Lalu Indra mengambil keputusan menggunakan jalan lama yang sering digunakan oleh arwah ayah mereka sewaktu dahulu.

Ketika melalui jalan lama, tidak semena-mena mereka memasuki 'dunia lain'. Pelbagai peristiwa pelik dialami mereka sepanjang berada di dunia tersebut. Daripada diganggu oleh makhluk mengerikan hinggalah kepada sesuatu yang mengasyikkan.

Pelakon Filem Misteri Jalan Lama

Que Haidar : Ilya (Pelakon Utama)
Hans Isaac : Indra (Pelakon Utama)
Datuk Ahmad Tamimi Siregar : Iskandar (Pelakon Utama)
Vanidah Imran : Old Lady / Queen Devata (Pelakon Pembantu)
Sabrina Mohammed Hassan : Sara ( Isteri Indra ) (Pelakon Pembantu)
Namron : Botak (Pelakon Pembantu)
Adam Corrie : Zak (Pelakon Pembantu)
Sobri Anuar : Zaidi (Pelakon Pembantu)
Afdlin Shauki : Harak (Pelakon Pembantu)
Nasir Bilal Khan : Old Man / King Dewata (Pelakon Pembantu)
Yalal Chin : Pemilik Gerai (Pelakon Pembantu)
Liyana Jasmay : Awek Botak (Pelakon Pembantu)
Sufian Mohamed : (Pelakon Pembantu)

Trailer Filem Misteri Jalan Lama

Filem Misteri Jalan Lama

Drama Bunga April

Poster Drama Bunga April

Drama Bunga April mengisahkan kisah cinta menggamit emosi dan penuh dramatik terbitan HNJ Picture Sdn Bhd. Hasil nukilan dan arahan Along Kamaludin ini dijayakan oelh barisan pelakon hebat seperti Shahz Jaszle, Zack X-Factor, Mustapha Kamal, Redzuan Hashim, Noniswara, Aida Aris dan Hanez Suraya dan juga pelakon wanita yang membintangi Drama Tentang Dhia, Tasha Shila,

Sinopsis Drama Bunga April

Drama Bunga April yang akan bersiaran sebanyak 25 episod ini  akan menyelami dunia korporat disebalik kemegahan syarikat Wansa Holding, kepunyaan Tan Sri Azmi. Syarikat Wansa Holding akan diwarisi oleh Azman yang dilihat sebagai yang paling layak untuk menerajui syarikat ayahnya suatu hari nanti. Kesungguhan Azman menjadi kebanggaan Puan Sri Hamidah ibu dan isteri kepada keluarga Tan Sri Azmi.

Johar yang merupakan anak tiri Tan Sri Azmi hasil perkahwinan kedua bersama Puan Sri Aishah lebih selesa jika tidak bergelumang dalam dunia korporat. Mewarisi keperibadian sederhana dari ibunya, Johar sering menjadi rujukan dan pilihan kedua dalam apa saja keputusan dan pilihan yang dibuat oleh Puan Sri Hamidah.

Kejayaan syarikat milik Tan Sri Azmi dicemburui dan menjadi dendam bagi Sophian yang merupakan rakan lama Tan Sri Azmi. Turut memiliki syarikat yang dikenali sebagai MediaCorp dan syarikat itu hanyalah untuk menutup mata pihak berkuasa daripada menghidu kegiatan sebenar beliau sebagai seorang taikun kongsi gelap dan mempunyai ramai pengikut.

April anak tunggal Sophian tidak suka apa yang dilakukan oleh bapanya lalu sebagai tanda protes April membuka sebuah kedai kecil menjual bunga. Johar jatuh cinta apabila melihat kecantikan dan ciri ringkas yang dimiliki April.

Pada masa yang sama, Sophian tidak dapat menahan rasa geram dan cemburu terhadap Tan Sri Azmi, lalu mengambil keputusan mengugut serta ingin mengahwinkan April dan Azman sebagai jaminan ikatan pertalian antara dua keluarga.

Apakah kesudahan yang bakal terjadi kepada Tan Sri Azmi, Azman, Johar dan April? Saksikan drama Bunga April setiap Selasa hingga Khamis, jam 10.30 malam menerusi slot Samarinda di TV3.

Pelakon Drama Bunga April

Tasha Shila, Shahz Jaszle, Zack X-Factor, Mustapha Kamal, Redzuan Hashim, Noniswara, Aida Aris dan Hanez Suraya.

Video Promo Drama Bunga April

Drama Bunga April

Filem Aku Bukan Tomboy

Poster Filem Aku Bukan Tomboy
Filem Aku Bukan Tomboy
Filem Aku Bukan Tomboy adalah sebuah filem arahan pengarah muda Syamsul Yusof dan diterbitkan oleh Skop Production Sdn. Bhd. Filem yang bergenre aksi komedi romantik ini mengisahkan seorang gadis yang bersifat kasar (tomboi) iaitu Farisa(Scha Al-Yahya) yang mengalami konflik cinta tiga segi yang berbeza senario.

Sinopsis Filem Aku Bukan Tomboy

Kehadiran farisa atau Eisha dalam hidup Harry(Shaheizy Sam) dan Burn(Syamsul Yusof) benar-benar mengubah pendirian dua jejaka ini terhadap gadis yang berpewatakan lelaki. Kali pertama melihat Farisa yang berperwatakan lelaki telah membuat mereka mula jatuh hati dengan gadis itu. Bermula dari zaman persekolahan yang penuh dengan dugaan kerana sering diganggu oleh beberapa orang pelajar 'pengkid' antaranya Bell(Sheera Iskandar) dan Sam(Salina Saibi).

Tekanan di sekolah yang dialami oleh Farisa mendorongnya untuk mengubah dirinya menjadi seorang yang berpesonaliti agresif dan kasar. Di sebalik penampilan dia sebagai seorang lelaki, Farisa masih mempunyai naluri sebagai seorang gadis sejati. Perwatakan sebegini berterusan hingga ke alam pekerjaan apabila dia bekerja sebagai penghantar pizza. Plot cerita bermula apabila Farisa dikejutkan dengan kemunculan dua jejaka iaitu Harry dan Burn yang berhasrat menjalinkan hubungan istimewa dengannya. Ia merupakan satu dilema yang menuntut pertimbangan yang penuh cabaran.

Shaheizy Sam Scha Al-Yahya Syamsul Yusof - Filem Aku Bukan Tomboy
Shaheizy Sam, Scha Al-Yahya dan Syamsul Yusof
Harry pula merupakan seorang salesman jalanan yang terlebih dahulu menjalinkan hubungan mesra dengan Farisa. Dia merasa tergugat apabila Burn muncul dalam hidup Farisa yang mencetuskan perebutan. Dalam masa yang sama, Farisa berdepan dengan konflik perbezaan darjat dan kedudukan Burn sebagai Eksekutif Junior di syarikat bapanya yang menyukarkan hubungan mereka. Di samping itu, Farisa secara kebetulan bertemu semula dengan Bell dan Sam yang turut berebut untuk menjadikannya sebagai pasangan mereka.

Pelakon Filem Aku Bukan Tomboy

Syamsul Yusof : Burn (Pelakon Utama)
Scha : Farisa / Eisha (Pelakon Utama)
Salina Saibi : Sam (Pelakon Pembantu)
Shaheizy Sam : Harry (Pelakon Pembantu)
Sheera : Bell (Pelakon Pembantu)
Harun Salim Bachik : Bapa Farisa (Pelakon Pembantu)
Eira Syazira : (Pelakon Pembantu)
Zarina Zainoordin (AF2) : (Artis Jemputan)

Trailer Filem Aku Bukan Tomboy

Filem Aku Bukan Tomboy

Drama Tentang Dhia

Poster Drama Tentang Dhia
Drama Tentang Dhia
Drama Tentang Dhia adalah hasil nukilan Azlina Pa’wan dan telah diarahkan oleh Feroz Kader. Tentang Dhia merupakan sebuah drama bersiri kisah cinta yang menggamit emosi dan penuh dramatik terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd yang membariskan pelakon-pelakon yang hebat seperti Nora Danish, Adi Putra, Ako Mustapha, Irfan Roslan, Tasha Shilla, Izreen Azminda dan Puteri Sarah.

Sinopsis Drama Tentang Dhia

Cinta dan simpati tiada ukurannya lagi bagi Dhia yang berdiri antara dua lelaki yang sangat dikasihaninya. Percintaan tiga segi ini turut menjadi mimpi ngeri apabila dia dicemburui Melly(Izreen Azminda) yang berasakan dirinya lebih anggun dan sesuai.

Raffi dan Azmi merupakan  dua lelaki yang berbeza dari segi latar belakang dan perwatakan. Hanya memikul tugas sebagai kerani biasa, Azmi adalah anak seorang imam di kampung disukai ramai kerana sifat rendah diri dan pandai mengambil hati. Hati Dhia sudah lama terpaut pada perwatakan Azmi, walaupun Raffi, jejaka daripada keluaranga berada mempunyai kelulusan dari universiti luar negara juga adalah teman rapat Dhia sejak kecil lagi.

Tergamam apabila melihat Azmi menjadi pilihan hati Dhia dan bakal melansungkan majlis pertunangan, Raffi yang baru pulang dari luar negara merenung keseorangan dalam kesedihan dan kekecewaan. Namun hatinya ikhlas menyintai Dhia, lalu Raffi mengambil keputusan redha dengan apa yang berlaku.

Melly mengambil kesempatan untuk mendekati Raffi dan menidurinya ketika dia dalam keadaan mabuk demi membuktikan perasaan cintanya. Tetapi jerat dipasang Melly memakan diri sendiri apabila Raffi tidak mengendahkannya. Melly juga mendapati bahawa dirinya sedang mengandungkan anak Raffi. Tertekan dan terdesak, Melly mengenakan Azmi.

Azmi dan Melly ditangkap khalwat penduduk kampung dan ditahan di balai polis. Sejurus mengetahui berita itu, hati Dhia bagaikan dipanah halilintar, mengenangkan majlis pertunangan mereka yang akan berlansung tidak lama lagi. Namun, berkat ketabahan hatinya, Dhia mampu memaafkan Azmi dan majlis pertunangan tetap berlansung seperti dirancang. Namun, majlis pertunangan mereka diserang keluarga Melly yang ingin menuntut keadilan daripada Azmi. Mereka mahukan Azmi supaya bertanggungjawab atas perbuatannya sehingga Melly mengandung. Sekali lagi Dhia diuji dan ujian kali ini bakal mengubah hidupnya sampai bila-bila.

Azmi dan Melly disatukan tanpa kerelaan Dhia yang hanya mampu mengalirkan air mata. Bagaikan pelangi selepas hujan, hidup Dhia didatangi Zikir, seorang arkitek daripada sebuah firma di Kuala Lumpur. Zikir mempunyai seorang rakan baik bernama Fendi dan mereka bekerja di firma sama. Zikir sangat diminati Rose yang juga seorang pekerja di firma milik beliau.

Malang tidak berbau, Fendi meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya yang turut dialami Zikir ketika hendak pergi mengerjakan solat Jumaat. Zikir datang ke kampung halaman Fendi untuk majlis pengebumian yang terletak di Pulau Pinang dan ditemani isteri arwah Fendi, Suraya.

Ketika menjamah nasi lemak di sebuah gerai di kampung itu, Zikir terlihat Dhia. Mata bertentang mata, Zikir terpesona dengan keayuan Dhia. Kemanakah hala tuju Dhia setelah kehilangan Azmi dan apakah yang akan berlaku seterusnya di dalah hidup Zikir? Semuanya akan terjawab di dalam Drama Tentang Dhia yang akan disiarkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7 malam di slot Akasia di TV3.

Pelakon Drama Tentang Dhia

Adi Putra : Zikir
Nora Danish : Dhia
Tasha Shilla : Rose
Izreen Azminda : Melly
Ako Mustapha : Azmi
Irfan Roslan : Raffi
Drama Tentang Dhia